Salik adalah orang yang menjalani latihan kerohanian secara bersuluk. Suluk pula adalah sistem latihan kerohanian yang digunakan bagi tujuan mendekatkan diri kepada Tuhan. Semasa bersuluk seseorang itu mengasingkan diri daripada orang ramai. Bila dia tidak ada bersama orang ramai, maka mereka terselamat daripada gangguan yang mungkin datang daripadanya dan juga dia selamat dari gangguan yang mungkin datang dari mereka. misal didatangi orang diajak nonton bola, atau sekedar nongkrong di gang, ngomong ngalor ngidul yang tak ada ujung pangkalnya, dan membuang buang waktu dengan kesia-siaan, Pengasingan tersebut boleh menyelamatkan ahli suluk itu daripada anasir yang boleh merusakkannya melalui ego dan nafsunya, kesenangan kumpul-kumpul hanya membicarakan yang percuma dan sia-sia, Dalam pengasingan itu juga dia melatihkan diri bagi memperolehi perkembangan kerohanian. Dia melatihkan diri agar terpisah daripada sifat-sifat yang tercela dan digantikan dengan sifat-sifat yang terpuji. Semasa bersuluk itu amal ibadat seperti bersembahyang, berpuasa, berzikir dan lain-lain dilakukan dengan banyaknya. Dorongan hawa nafsu dikurangkan dengan cara menyedikitkan makanan, tidur dan berkata-kata. Bila kurang berkata-kata hati menjadi tidak lalai dalam mengingati Tuhan.
No comments:
Post a Comment